USIA Labuan terus main pernanan tegakkan syiar Islam

LABUAN: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Labuan  yang ditubuhkan sejak 30 tahun yang lalu akan terus memainkan peranan dalam menegakkan syiar Islam.

Ketua USIA Bahagian Labuan, Mohd Ali Asmaran Datuk Seri Panglima Mohamed Bledram berkata, USIA Bahagian Labuan  yang ditubuhkan  sebagai badan bukan kerajaan (NGO) merupakan sebuah intitusi yang telah berjaya menegakkan syiar Islam di seluruh Sabah termasuk Labuan.

Penerima sumbangan Saudara Baru bergambar kenangan bersama Wanita USIA Bahagian Labuan.

“Tidak dapat dinafikan USIA Bahagian Labuan juga standing dengan USIA yang ada di Sabah telah banyak memainkan peranan dalam menegakka syiar Islam melalui pelnbagai aktiviti yang dijalankan sejak 30 tahun yang lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Saudara Baru (Mualaf) anjuran Wanita USIA Pusat dengan kerjsama Wanita USIA Bahagian Labuan di sini, baru baru ini.

Turut hadir,  Timbalan USIA Bahagian Labuan Sahari Amdan,  Naib Ketua USIA Bahagian Labuan Yahya Bakri dan Ketua Wanita USIA Bahagian Labuan Rohani Awang Tengah.

Mohd Ali turut menyeru kepada ahli ahli USIA khususnya Bahagian Labuan supaya terus bersatu padu dalam menjalankan program dakwah sambil menegaskan usaha untuk menambah ahli dikalangan belia juga perlu ditingkatkan.

Pada majlis itu seramai 28 saudara baharu melibatkan 26 wanita dan dua lelaki telah menerima sumbagan berupa wang tunai yang oleh Rohani.

Turut diadakan ceramah agama yang disampaikan oleh Penolong Pengarah  Cawangan Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan Ustaz Muhammad Shafie Abdul Ghani.