UMS Serah Pek Makanan kepada Petugas BarisanHadapan, Rumah Kebajikan

KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Pelajar(JHEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasamaMajlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Sukarelawan JHEP telahmengadakan program Semarak Kasih Ramadan 1443H di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) dan Rumah Amal Kasih Kingfisher, baru-baru ini.  

Pada majlis tersebut, sebanyak 300 pek makanandisumbangkan kepada para petugas barisan hadapan dan penghuni Rumah Amal Kasih.

Program ini diadakan atas rasa prihatin terhadap petugasbarisan hadapan dalam merawat pesakit lebih-lebih lagi dalamkeadaan berpuasa.

Selain daripada itu, ia juga dapat memupuk rasa keinsafanterhadap golongan yang kurang bernasib baik terutamapenghuni Rumah Amal Kasih yang terdiri daripada anak-anakyatim dan fakir miskin.

Penyerahan sumbangan di HQE disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah UMS, Datin Nurlaila binti Said kepadaTimbalan Pengarah Klinikal 1, Dr. Yogendra Panchalingam.

Manakala penyerahan sumbangan di HWKKS dan RumahAmal Kasih disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin kepada Pengarah HWKKS Dr. Marcus Netto, dan Pengurus Rumah Amal Kasih, Jamrie Sarapih.

Turut hadir, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS, Mohd. Raffie Hj. Janau dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UMS, Eliezer Navell Anthony.