Tun Juhar bersama memasak bubur lambuk

Tun Juhar (tengah) dan Toh Puan Norlidah (kanan) ketika mengacau bubur lambuk.

Oleh: Jabatan Pengerangan Sabah
KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin meluangkan masa menyertai kumpulan petugas memasak bubur lambuk untuk petugas barisan hadapan.

Tun Juhar yang ditemani isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni berada di halaman Istana Negeri seawal jam 8.30 pagi bagi meninjau persiapan dan membantu menyediakan sembilan kawah bubur yang popular dalam bulan Ramadan itu.

Mengiringi beliau ialah anakandanya Brigedier Jeneral Al Hambra Juhar, Pengurus Syarikat Adabi Sabah Zahari Mohd Nasir dan Pengerusi Persatuan Usahawan Wanita Sipitang (UNITA) Haslinda Hadis.

Menurut Al Hambra, program itu akan menyediakan 2,120 pek bubur lambuk untuk diagihkan pada petang ini (Khamis), melibatkan pasukan petugas barisan hadapan.

“Ini adalah anjuran tahun kedua namun apa yang istimewa pada kali ini ialah, penyediaan bubur di sini disertai sendiri oleh TYT Sabah dan Toh Puan.

“Selain kakitangan syarikat Adabi dan ahli-ahli UNITA, proses memasak ini juga dibantu oleh beberapa pegawai dan anggota daripada Rejimen 507 Askar Wataniah.

“Agihan ini akan disempurnakan oleh TYT Sabah pada petang ini khusus untuk frontliner yang bertugas ketika negara dilanda pandemik COVID-19,” katanya.

Hadir sama, Setiausaha Sulit Abinan Asli dan Timbalannya Ag Damit Pg Apong serta Setiauasaha Perhubungan Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir.

SabahNewsToday

Leave a Reply