TONGOD: Industri burung walit mampunyai potensi untuk dimajukan khususnya di kawasan daerah Tongod.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, penduduk di daerah itu wajar merebut peluang ekonomi jangka panjang selaras dengan kesesuaian populasi unggas itu yang banyak terdapat di kawasan berkenaan.
Katanya, hasil kajian Institut Kajian pembangunan Ekomomi Sabah (IDS) selama enam bulan, daerah itu berpotensi cerah menjadi penyumbang hasil sarang burung walit yang terbesar di negeri ini.
“Selain sarang walit, tanaman padi serta durian merah juga mempunyi masa depan yang baik untuk dimajukan di daerah Tongod, ” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat IDS di pejabat daerah Tongod, di sini hari ini.
Msasiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) berkata, beliau mahu agar warga tempatan menceburi bidang tersebut sesuai dengan bentuk muka bumi daerah itu yang berbukit bukau.
Masiung berkata, jika warga Tongod kurang berkamampuan menceburi bidang industri walit dan pertanian, mereka perlu mencari jalan bagi menjalinkan usahasama dengan syarikat tempatan dan luar negara.
” Apa yang penting penduduk perlu keluar daripada belaggu ekonomi, di mana Tongod adalah antara lapan daerah yang masih tersenarai sebagai daerah termiskin di negara ini, ” tambahnya.
Beliau juga menasihatkan warga di daerah itu agar tidak terlalu mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata melainkan mereka perlu mencari pendekatan membangunkan ekonomi sendiri.
Dalam perkembangan sama, Masiung meninjau tapak pembinaan Mini Kompleks Sukan Tongod bernilai RM15 juta yang masih dalam peringkat pembinaan.
Kompleks itu yang dilengkapi dengan bangunan arena belia, trak belapan serta pelbagai kemudahan sukan dijadualkan siap pada 2022.