KOTA KINABALU: Aset keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) akan dinaiktaraf bagi memastikan tahap keselamatan di kawasan timur Sabah sentiasa pada tahap tertinggi.
Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata, beliau mahu supaya lebih banyak pos keselamatan sempadan akan di bina, terutama di sempadan Sabah-Kalimantan sebagai menjangkakan perpindahan Jakarta ke Kalimantan.

“Kerajaan Negeri mengalu-alukan keputusan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membina tiga lagi pos keselamatan sebagai tambahan kepada tujuh lagi yang kini dalam proses pembinaan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa taklimat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melibatkan Ops Murni Angkatan Tentera untuk Menteri Kanan Pertahanan, Dato Seri Hishammuddin Hussein, di Markas Divisyen Kelima Infantri, di Kem Lok Kawi di sini semalam.
Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham; Panglima 5 Divisyen serta Mej Jen Datuk Mohd Halim Khalid.