Tiga maut dalam kejadian tanah runtuh

PENAMPANG: Tiga mangsa disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di Forest Hill, dekat sini, hari ini.

Laporan Harian Metro menyebut, setakat 8.40 malam ini, dua mangsa yang terkorban adalah ibu bersama bayi berusia lapan bulan selain seorang lagi kanak-kanak berumur lima tahun.

Semua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, tiga lagi mangsa selamat sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth ll (HQEll) untuk menerima rawatan lanjut.