KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan tiga individu termasuk seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM12,000.
Sumber berkata, suspek berusia 35 tahun yang bertugas di Tawau dipercayai bersubahat dengan dua lelaki berusia antara 40 hingga lewat 50-an yang bertindak sebagai orang tengah.
Katanya, ini bagi tujuan melepaskan warganegara asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah ditahan ketika diminta hadir ke pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 6 petang, semalam.
“Warna Indonesia terbabit yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dipercayai keluar dari daerah Tawau ke Kuala Lumpur tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tawau,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Katanya, semua suspek akan ditahan selama 24 jam bagi tujuan siasatan lanjut.