SESB utamakan keselamatan pekerja: Ir Nohizami

Norhizami menyerahkan AP Tool Kit kepada anggotanya

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memberikan fokus terhadap aspek keselamatan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku dalam kalangan anggotanya.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Norhizami Abu Hasan berkata, SESB juga akan memastikan polisi keselamatan mereka yang sudah dibangunkan akan dilaksanakan secara berterusan di masa akan datang.

Ini termasuklah penyediaan Authorized Person (AP) Tool Kit akan dlilaksanakan sebagai usaha bagi memastikan anggotanya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kita mengelak kejadian yang boleh menjejaskan keselamatan anggota kerja teknikal berlaku di tempat kerja kerana ketiadaan kit peralatan yang mencukupi serta seragam.

”Inisiatif ini dilaksanakan sebagai komitmen pihak pengurusan SESB dalam memastikan kit peralatan sentiasa mencukupi sekaligus memberikan keutamaan kepada pelaksanaan keselamatan oleh anggota kerja dan kontraktor di SESB,” katanya.

Ir. Norhizami berkata, SESB turut memberikan penekanan kepada kefahaman serta kesedaran mengenai pentingnya keselamatan di tempat kerja dalam kalangan anggotanya.

“Ini menerusi dalam penganjuran kursus, bengkel, seminar serta handholding yang mengikut keperluan semasa untuk anggota kerja serta kontraktor selain penguatkuasaan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan, Keselamatan & Alam Sekitar (HSE) SESB sendiri,” katanya.

Selain itu, penggunaan peralatan keselamatan akan diberi penekanan tinggi untuk memastikan kerja-kerja berisiko tinggi dapat dilaksanakan dengan selamat sekaligus mengelak kemalangan berlaku di tempat kerja.

Dalam perkembangan sama, SESB akan memastikan prosedur keselamatan sedia ada termasuk Hazard Identification Risk Assessment & Risk Control (HIRARC) sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Ini bagi memastikan semua anggota kerja serta kontraktor dilantik SESB mengutamakan keselamatan sebelum memulakan kerja termasuk mematuhi peraturan keselamatan ketika melaksanakan tugas sekaligus membudayakan keselamatan dalam apa jua aktiviti yang dijalankan mereka,” katanya.

Sabahnewstoday

Leave a Reply