Sektor awam negeri beroperasi kapasiti penuh mulai semalam – Masidi

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memutuskan agar keseluruhan penjawat awam beroperasi pada kapasiti penuh mulai 1 Mac.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun berkata, ini kecuali mereka yang dijangkiti Covid-19 dan kontak rapat berdasarkan status semasa dalam MySejahtera.

“Bagi membendung penularan virus di kalangan penjawat awam semasa bertugas, dinasihatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan,” kata.

Sementara itu Masidi yang juga Jurucakap COVID-19 Sabah berkata, Sabah merekodkan 2,158 kes baharu Covid-19 hari ini, turun 16 kes berbanding kelmarin (2,174).

“Terdapat jumlah kes menurun sedikit secara keseluruhan hari ini tetapi 17 daripada 27 daerah di Sabah mencatatkan jumlah kes harian yang lebih tinggi daripada kelmarin dan cuma sembilan daerah merekodkan penurunan,” katanya.

Satu lagi daerah kekal sebagaimana catatan kes semalam, tambah beliau yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.