Sebanyak 600 pek bubur diagih pada Program Sempena Ramadan

SIPITANG: Sebanyak 600 pek bubur diagihkan pada Program Memasak dan Agihan Bubur Kacang Sempena Ramadan oleh Persatuan Wanita dan Keluarga Daerah Sipitang (HEWA) bersama Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Sindumin di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob bersama isteri Datin Azizah Beniamen selaku Penaung HEWA bersama AJK HEWA dan AJK Beliawanis PGRS Sindumin mengagihkan bubur tersebut.

Dr Yacob bersama isteri mengagihkan bubur kepada orang ramai.

Agihan dilakukan di hadapan Esplanade Sipitang kepada pemandu dan penunggang motosikal serta di Ibu Pejabat Polis Daerah Sipitang, Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang dan Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Sipitang.