24 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

Sabah dijadual terima lebih 1 juta dos vaksin COVID-19 untuk Julai – Masidi

KOTA KINABALU: Sabah dijadual menerima lebih 1 juta dos vaksin COVID-19 untuk bulan ini (Julai), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Beliau yang juga jurucakap rasmi kerajaan Sabah berkenaan COVID-19 berkata, untuk bulan ini Sabah telah menerima 747,980 dos vaksin itu setakat ini termasuk penghantaran terbaharu 152,100 dos yang telah sampai ke sini petang semalam.

Masidi  berkata mengikut jadual penghantaran Sabah akan menerima 30,000 dos vaksin COVID-19 esok (23 Julai) dan satu lagi bekalan vaksin dalam kuantiti yang besar iaitu 308,880 dos dijangka sampai pada Rabu depan (28 Julai).

Pada 8 Julai lepas, Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dilaporkan sebagai berkata, Sabah dijangka menerima 2.2 juta dos vaksin COVID-19 pada bulan ini dan awal bulan depan (Ogos) bagi melancarkan  Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

– – BERNAMA

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles