RM75.5 juta untuk 13 inisiatif bantuan pendidikan tahun 2025 – Hajiji

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM75.5 juta pada tahun 2025 bagi melaksanakan 13 inisiatif bantuan pendidikan kepada pelajar, sekolah, persatuan ibu bapa dan guru serta persatuan mahasiswa Sabah di dalam dan luar negara dilaksanakan tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, antaranya Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI ), Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Insan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI ).

Hajiji meletak tangan tanda perasmian program tersebut.

Katanya, Bantuan Aktiviti PIBG (BAGUS), Bantuan Insan Sekolah Sabah (BISBAH), Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS), Bantuan Khas Program Pendidikan (BANTU), Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA), Sekretariat Mahasiswa Sabah Malaysia (SEMESTA) dan Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (GRS- SUBFLY).

“Ini inisiatif BUDI sahaja, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM20 juta dengan sasaran 10,000 pelajar, manakala BAKTI sebanyak RM8 juta dengan sasaran 40,000 pelajar, pada tahun ini.

Hajiji bersama pelajar dalam program hari ini.

“Semua ini adalah selaras dengan dasar Kerajaan Negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini”, katanya.

Hajiji berkata, Kerajaan memperkenalkan inisiatif baharu iaitu Sumbangan Kegiatan Sekolah Secara One Off (SUKSES) kepada semua sekolah di seluruh Sabah.

“Bantuan sebanyak RM 3,000 diberikan kepada setiap sekolah bagi menjalankan aktiviti atau pembelian lain-lain keperluan sekolah.

Hajiji bergambar kenangan bersama penerima hari ini.

“Kerajaan negeri menambah dana Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) daripada RM51 juta kepada RM128 juta pada tahun 2025.

Menurutnya, pertambahan yang berlipat kali ganda itu, disamping beberapa lagi insentif pendidikan yang lain, diharapkan lebih ramai anak-anak Sabah akan berpeluang menerima bantuan kemudahan pendidikan.

“Ini terutama mereka yang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, sama ada di dalam atau ke luar negara, termasuk pengajian dalam bidang agama atau pengajian Islam.

Hajiji menyampaikan sumbangan kepada pelajar di program tersebut.

“Kita mengumumkan bantuan subsidi GRS-SUBFLY kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan awasta yang menuntut di Semenanjung, Sawarak dan Labuan dengan sumbangan sebanyak RM600 seorang dengan perbelanjaan keseluruhan melebihi RM10 juta,” jelas Hajiji.

Menurutnya, sebagai kerajaan negeri yang prihatin dan sentiasa mendengar keluhan rakyat, pelajar-pelajar Sabah yang menuntut di IP awam dan swasta di dalam Sabah juga tidak dilupakan.

Beliau berkata, mereka akan mendapat bantuan menerusi SENTOSA, bantuan one-off sebanyak RM300 seorang kepada pelajar yang menuntut di IPT dalam Sabah ini melibatkan peruntukan sebanyak RM6 juta dengan anggaran seramai 20,000 pelajar.

“Bantuan SENTOSA telah saya umumkan pada bulan November tahun lalu. Justeru, saya berharap ia dapat meringankan kewangan para pelajar untuk balik ke kampung halaman sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Pelbagai inisiatif dan bantuan diberikan kepada rakyat khususnya pelajar, adalah untuk melahirkan modal insan berpengetahuan dan berilmu, yang akan membantu membangunkan negeri ini”, katanya.

Hajiji berkata, pendidikan merupakan asas yang sangat penting kepada generasi muda sebagai wadah utama untuk menjadikan mereka pewaris negara yang berkualiti, berilmu dan berakhlak mulia.

Seiring dengan itu katanya, kerajaan negeri melalui jabatan dan agensinya mengambil inisiatif membantu anak–anak Sabah dengan menyediakan pelbagai bantuan pendidikan dan sumbangan dalam meringankan beban yang ditanggung ibu bapa agar anak-anak tidak tercicir daripada arus perdana.

Menurutnya, pembiayaan pendidikan seperti tajaan biasiswa, dermasiswa, pinjaman pengajian, bantuan zakat dan bantuan pendidikan adalah inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Jabatan dan agensi di bawah kerajaan negeri.

Katanya, Kerajaan negeri turut bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan bagi merealisasikan agenda memperkasa dan meningkatkan kecemerlangan serta mutu pendidikan di negeri ini, termasuk menambah baik dan meningkatkan lagi prasarana pendidikan di negeri ini.