RM50,000 disalurkan kepada Gabungan Persatuan Foochow Sabah dan Labuan

LABUAN : Gabungan Persatuan Foochow Sabah dan Labuan menerima sumbangan dana bernilai RM50,000 bersempena Majlis Gala Makan Malam Muhibah, di sini kelmarin.

Sumbangan ini disampaikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Sri Tiong King Sing sempena sambutan Tahun Baru Cina 2025 di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan.

Dalam ucapannya, Tiong mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana berjaya menghimpunkan masyarakat Foochow di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau merupakan Presiden Persatuan Foochow Malaysia berkata, secara tidak langsung ini memberi petanda baik terhadap sokongan pelbagai etnik masyarakat menetap di kawasan Labuan.

“Majlis ini secara tidak langsung bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama antara masyarakat Foochow Sabah dan Labuan.

“Usaha ini dapat mengutamakan semangat perpaduan dan kebersamaan diantara satu sama lain,” katanya.

Pada majlis itu, lebih 1,000 orang termasuk masyarakat Foochow dari Sabah dan Sarawak hadir pada program malam tersebut.

Hadir sama, Presiden Gabungan Persatuan Foochow Sabah dan Labuan, Datuk Wong Kii Yii serta Konsulat Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, OiYang HuiFeng,