LAHAD DATU: Fokus meningkatkan Industri Pelancongan antara agenda utama Calon Parlimen Lahad Datu, Datin Maizatul Akmam Alawi.
Menurutnya, kawasan Lahad Datu dilihat berpotensi untuk produk pelancongan terbaharu sekali gus meningkatkan pemain industri tersebut di daerah ini.
“Banyak produk pelancongan yang boleh diketengahkan di sini termasuklah Tungku serta Kunak.
“Ini merupakan pelan jangka panjang yang saya akan lakukan jika terpilih menjadi Ahli Parlimen Lahad Datu,” katanya di sini hari ini.
Maizatul berkata, ini sudah tentu memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi kepada Lahad Datu dan masyarakat setempat.
Sementara itu, Maizatul berkata semua pembangunan di Lahad Datu akan diteruskan berikutan wujud beberapa kawasan terbengkalai semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Ini termasuk projek tebatan banjir, Lapangan Terbang sekali gus membantu meneruskan generasi kedua Felda di Lahad Datu,” katanya.