LAHAD DATU: Parlimen Lahad Datu menyaksikan persaingan sengit tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Parti Warisan (WARISAN) diwakili, Datuk Mohd Yusof Afdal manakala Datin Maizatul Akmam Alawi calon Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH) Sia Yu Hock.
Bagaimanapun Calon Gerakan Tanah Air (GTA) Jani Kulmen menarik diri berikutan gagal hadir ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Perdana Lahad Datu.
Tempatnya digantikan Basri Muin Natal tetapi bagaimanapun ditolak selepas tidak mempunyai watikah pelantikkan.