Program mobiliti di UMS beri pengalaman menarik kepada pelajar universiti Indonesia

KOTA KINABALU: Seramai 23 pelajar Universitas Muhammadiyah Surakarta, Indonesiaberkesempatan menimba pengalaman menarik melalui program mobiliti di UniversitiMalaysia Sabah (UMS), baru-baru ini.

Program yang diadakan selama tujuh hari itu penuh dengan aktiviti pendidikan merangkumijalinan sosial, ikatan silaturahim dan pembelajaran tanpa sempadan.

Menurut penyelaras e-mobiliti program kejururawatan yang merupakan pensyarah FakultiPerubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS, Mazlinda Musa, kerjasama antara JabatanKejururawatan FPSK UMS dengan Fakultas Ilmu Kesehatan, Universitas Muhammadiyah Surakarta, Indonesia, telah bermula sejak tahun 2020.

Katanya, sejak tahun 2020, pihaknya telah menjalankan satu semester penuh program e-mobiliti inbound dan outbound, seminar dalam talian, projek penyelidikan kecil dan ceramahumum antara kedua-dua fakulti tersebut.

Selepas dua tahun hubungan maya antara universiti yang berterusan ini, Universitas Muhammadiyah Surakarta, Indonesia, memutuskan untuk datang dan melawat FPSK, UMS secara fizikal.

“Antara aktiviti yang diadakan pada program mobiliti kali ini ialah program pendidikankesihatan bersama 150 pelajar Sekolah Indonesia Kota Kinabalu, ceramah berkaitan bidangkejururawatan serta lawatan tempat-tempat menarik di sekitar Kota Kinabalu,” katanya.

Tambah Mazlinda, beberapa tempat lawatan sambil belajar turut dikunjungi seperti MuziumNegeri Sabah dan Perpustakaan Negari Sabah.

Diharapkan program pengantarabangsaan ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Dengan adanya program seumpama ini, peserta dapat mempelajari topik tertentu sambilmembantu pelajar memperluas pemahaman mereka tentang budaya, bahasa, hubunganantarabangsa, serta memberi mereka kelebihan kompetitif dalam persaingan kerja global.

Pada sidang kemuncak lawatan itu, satu majlis menandatangani surat niat (LoI) telahdisempurnakan oleh Dekan FPSK UMS, Profesor Dr. Mohammad Saffree Jeffree bersamaDekan Fakultas Ilmu Kesehatan, Universitas Muhammadiyah Surakarta, Dr. Umi Budi Rahayu yang mewakili universiti masing-masing.

Kedua-dua universiti bersetuju untuk berkolaborasi melalui pertukaran staf akademik,pertukaran pelajar, kerjasama projek penyelidikan serta penganjuran aktiviti pembangunanpelajar (kokurikulum) secara bersama, seperti persidangan akademik, syarahan, kursuslatihan pendek khas, pembelajaran antarabangsa dalam talian kolaboratif (COIL), seminar dan simposium.