KOTA KINABALU : UMNO menyasarkan sekurang-kurangnya seorang calon kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap 25 Parlimen Sabah pada pilihan raya negeri PRN) akan datang.
Timbalan Presidennya, Datuk Mohamad Hasan berkata, perkara itu bermakna sekurang-kurangnya satu calon DUN di kawasan Parlimen perlu diwakili UMNO atau parti komponen Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai “non-negotiable”.

“Jika setiap satu Parlimen itu kita bertanding mestilah 25 dan kita ada 25 bahagian.
“Secara automatiknya serta logiknya kalau satu parlimen satu mesti sekurang-kurangnya satu, so dah ada 25.
“Bayangan saja atau can we confirm that UMNO…Itu yang sedang kita rundingkan, Asas perundingan kita itu…Ya, dengan PH,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Putatan, di sini semalam.
Mohamad berkata, beliau positif perkara tersebut dalam peringkat memuktamadkan serta menyerahkan asasnya memberi mandat kepada jawatankuasa perunding untuk membincangkannya.
“Ketika ini perundingan masih berjalan antara pihak UMNO dan Pakatan Harapan (PH) mengenai pembahagian kerusi.
“UMNO telah memberi mandat kepada jawatankuasa perunding untuk memastikan sekurang-kurangnya 25 kerusi dun ditandingi di Sabah,” jelas Mohamad.
