PRN Sabah: “Saya Mimpi dulu Bila Tarikh Yang Sesuai,” kata Hajiji Noor

KOTA KINABALU : “Saya mimpi dulu bila tarikh yang paling baik untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN),” kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Menurutnya, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Pakatan Harapan sudah melakukan untuk menyelesaikan masalah dihadapi rakyat di Sabah.

“Kita sudah buat terbaik untuk rakyat walaupun masih banyak yang perlu kita lakukan.

“Sekarang terpulang kepada rakyat untuk memberi sekali lagi mandat untuk kembali memerintah selepas PRN Sabah, “ katanya dalam sidang media hari ini.

Hajiji mengesahkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini adalah yang terakhir sebelum pembubaran DUN dijadual tidak lama lagi.

Pengesahan itu sekali gus bakal memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17) tidak lama lagi, Hajiji walaubagaimanapun meminta semua pihak bersabar mengenai tarikh pembubaran DUN.

“Kira-kira begitulah tu, bayangan tarikh pembubaran DUN saya tidak boleh bagi sekarang tunggu kalau kita sudah tetapkan nanti kita panggil semua kawan-kawan dariapda media untuk kita umumkan bila tarikhnya sabar tidak lama lagi,

“Janganlah tanya bulan, tidak akan automatik janganlah automatik tu terpulang Ketua Menteri nanti saya mimpi dulu bila tarikh paling baik,” jelas Hajiji.

Ditanya mengenai pembahagian kerusi menjelang PRN-17, Hajiji berkata perbincangan mengenainya sedang diperhalusi dan pertemuan dengan rakan parti politik perlu dimuktamadkan sebelum DUN dibubarkan.

Hajiji juga tegas dan konsisten mengenai pendirian kerjasama politik yang seiring dengan asas kerjasama kerajaan sedia ada iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan Harapan (PH).

“Perbincangan kerusi sedang diperhalusi kita sudah mengadakan satu dua pertemuan dengan kawan-kawan yang perlu kita akan muktamadkan nanti sebelum kita bubar DUN.

“Yang jelas sekarang, kerajaan sekarang kerajaan GRS-PH itu asas kita yang lain nanti kita tengok macam mana,” katanya.