PRN Johor: Pemuda PAS Sabah sifatkan tawaran anak muda dibawa PN sangat realistik

SEGAMAT: Dewan Pemuda PAS Sabah menyifatkan 20 Tawaran Anak Muda dibawa Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sangat realistik bertepatan dengan kehendak anak muda.

Ketua Pemuda PAS Sabah, Hendri Hamsah berkata tawaran anak muda yang dibawa PN itu merupakan satu tawaran yang cukup baik bagi memenuhi hasrat jiwa anak muda.

“Bantuan-bantuan untuk anak muda ini telah pun banyak diberikan ketika Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin memimpin negara sebagai Perdana Menteri lagi,” katanya semasa kempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jementah, semalam.

Justeru, Pemuda PAS Sabah berharap agar anak muda perlu menyuarakan kehendak mereka dan menolak pemimpin rasuah dalam Pilihan Raya kali ini.

“Anak muda perlu bangkit membina negeri yang baik dengan memilih pemimpin yang bersih dan berkebajikan supaya nasib anak muda lebih terbela dibawah kepimpinan PN,” kata Hendri.