Polis tahan lelaki warga asing bantu selesai kes rogol

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas dipercayai terlibat dalam kes rogol di kawasan kebun kelapa sawit persendirian di Kampung Iban, Merotai Besar di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata suspek berumur 32 Tahun ditahan berikutan kes kejadian membabitkan mangsa berumur 12 tahun tinggal di kediaman suspek bermula awal bulan ini.

“Mangsa telah menghubungi saudara mara yang lain bagi membongkar perbuatan keji suspek sekali gus pihak polis mengambil tindakan segera diambil berikutan kejadian berkenaan.

“Berdasarkan maklumat diterima, sepasukan polis daripada Balai Polis Bombalai bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi mengesan dan menahan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jasmin berkata, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa sebarang dokumen diri yang sah.