Polis Bantuan SESB berkas lelaki curi kabel Elektrik

SANDAKAN: Seorang lelaki yang disyaki cuba mencuri kabel elektrik milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berjaya ditahan di kawasan Pencawang Elektrik Sg. Obar Thien Brothers.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir. Idris Mohd Noor berkata suspek berjaya ditangkap pada semalam kira-kira  jam 10.54 pagi ketika cuba membuka kabel di pencawang tersebut.

Katanya, pasukan polis bantuan SESB telah melakukan intipan terhadap kegiatan yang mencurigakan itu selama dua hari sejak 5 Mac lalu sebelum berjaya menangkap suspek.

“Suspek kemudiannya menyerahkan suspek kepada kepada pihak polis untuk tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media dikeluarkan hari ini.

Idris juga turut mendedahkan pihaknya turut merampas peralatan yang disyaki digunakan untuk mencuri kabel elektrik.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihak SESB merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama dan bantuan orang ramai sehingga membolehkan suspek terlibat dapat diberkas.

Sehubungan dengan itu, orang ramai boleh menghubungi SESB Careline melalui 15454, 088- 515000, Whatsapp 019- 852 5427 untuk sebarang aduan mengenai kegiatan yang mencurigakan dipepasangan milik SESB.