PNRF anjur majlis penghargaan rai mantan pengetuakolej kediaman

KOTA KINABALU: Pusat Pengurusan Non Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) telah mengadakan Majlis Penghargaan Jasamu Dikenang bagi meraikan dua mantanpengetua kolej kediaman pelajar iaitu Profesor Madya Dr.Mohamad Nizam Nazarudin dan Wijaya Kamal Ramlan, baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dihadiri semua pengetua kolej kediamanUniversiti Malaysia Sabah (UMS) dan pengarah pusat di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UMS.

Ketika berucap pada majlis tersebut, Timbalan Naib CanselorHal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) UMS, ProfesorMadya Dr. Raman Noordin mengucapkan jutaan terima kasihatas pengorbanan dan dedikasi yang telah disumbangkan oleh kedua-dua mantan pengetua.

Pengorbanan dan dedikasi yang telah disumbangkan oleh kedua-dua mantan sangat dihargai dan saya mengharapkanagar mereka akan terus sukses dalam bidang masing-masing,katanya yang juga menjalankan fungsi Naib Canselor UMS.

Dalam pada itu, Nizam yang menjawat jawatan PengetuaKolej Kediaman Tun Mustapha merangkap Pengerusi Majlis Pengetua Kolej-kolej Kediaman (MaPEK) UMS sebelum iniberkata, UMS selamanya sangat dekat di hatinya.

“UMS di hati sampai bila-bila kerana di sinilah saya mulaterlibat dengan kolej kediaman sebagai felo, timbalanpengetua, pengetua dan pengerusi MaPEK UMS,katanyasemasa memberikan ucapan.

Sementara itu, Wijaya turut mengucapkan terima kasih kepadakakitangan kolej kediaman, PNRF serta TNC HEPA ataskerjasama, tunjuk ajar dan bantuan yang diberikan sepanjangbeliau bertugas sebagai Pengetua Kolej Kediaman LuarKingfisher dan Usia.

Pengarah PNRF, Hasmi Hashim pula berkata, majlis penghargaan tersebut diadakan bagi menghargai sumbangan dan jasa bakti yang telah diberikan sepanjang memegang jawatan di kolej kediaman dan memastikan segala pengurusan kolej kediaman dalam keadaan baik serta selamat.

Dalam majlis itu juga, Pusat Alumni turut menyumbangwang tunai bernilai RM7,000.00 untuk diagihkan kepadapelajar Non Residen (NR) yang berkeperluan,” katanya.