LAHAD DATU : Parti Keadilan Rakyat Negeri Sabah, menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan pusat iaitu Presiden Parti Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk sebarang gabungan kerjasama dengan parti lain untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah nanti.
Timbalan Bendahari Negeri, Datuk Nordin Ening berkata, namun begitu beliau yakin keputusan itu juga akan mengambil kira nasihat dan pendapat daripada pemimpin-pemimpin PKR negeri telebih dahulu.
Beliau diminta mengulas mengenai beberapa khabar angin yang mengatakan parti UMNO akan bergabung dengan parti untuk PRN Sabah kali ini.
“Soal kerjasama ini, pimpinan pusat akan membuat keputusan selepas merujuk kepada pandangan Majlis Pimpinan Negeri yang baru nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Cabang Silam bagi tahun 2025, di sini hari ini.
Nordin berkata, beliau juga memaklumkan PKR Sabah akan meletakkan calon untuk PRN Sabah dan pemilihan calon sedang giat dilakukan.
“Berkaitan soal calon ni, kita ada kita mempunyai BiroPolitik. BiroPolitik akan meneliti calon-calon yang sesuai untuk bertanding.
“Ini khususnya sama ada layak untuk di pertimbangkan pada PRN negeri akan datang, kita yakin akan merujuk kepada Majlis Pimpinan Pusat untuk diputuskan,” jelas Nordin.
Hadir sama Ketua Cabang PKR Silam Romansa Lamin.
