Pimpinan Muslimat PAS Sandakan tampil barisan muka baharu

SANDAKAN: Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan (DMPKS) menampilkqn muka baharu bagi mengalas tugas barisan kepimpinan pada dalam Mesyuarat Agung Tahunannya ahad lalu.

Ketua Muslimat, Ummu Syifa’ Tasman ketika menyampaikan ucapan penggulungan merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada bekas Ketua Muslimat, Norfaezah Junaidi serta seluruh exco sesi lalu atas khidmat cemerlang mengemudi parti.

Ummu Syifa’ turut merakamkan penghargaan kepada seluruh perwakilan yang memilih beliau sebagai kepimpinan baharu sekali gus mengharapkan kerjasama seluruh ahli agar dapat memacu perubahan serta kecemerlangan DMPKS selari dengan konsep Islam memimpin Keluarga Malaysia.

Majlis turut diserikan dengan sesi ucapan melalui video maya daripada Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh yang berpesan kepada seluruh jentera agar bersiap siaga untuk menghadapi PRU15 yang bakal dihadapi bila-bila masa.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-19 itu turut diadakan secara dalam talian bagi mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa yang hanya membenarkan perkumpulan ramai 50 peratus mengikut kapasiti tempat.