Oleh: Prof Madya Dr Lee Kuok Tiung
Barisan Nasional (BN) nampaknya sudah mencipta kejutandengan memperoleh majoriti dua per tiga kerusi di Melaka.
UMNO menyumbang 18 kerusi daripada keseluruhan 21 kerusi yang diperolehi BN manakala MCA dua kerusi dan MIC satu kerusi.
Paling mendukacitakan adalah PKR gagal memperoleh sebarang kerusi.
DAP berjaya mempertahankan empat kerusi manakalaAmanah menyumbang satu kerusi untuk Pakatan Harapan (PH).
Baki dua kerusi dimenangi oleh Perikatan Nasional (PN).
Keputusan ini jauh meleset daripada ramalan awalpenganalisis-penganalisis politik tanahair yang tidak percayaada mana-mana parti mahupun perikatan parti politik mampumencapai keputusan majoriti dua per tiga majoriti lagi.
Keenggan UMNO bekerjasam dengan PPBM membawa persaingan tiga penjuru di antara PH, BN dan PN.
Rata-rata berpendapat keadaan ini memberikan kelebihan kepada PH kerana sudah pastinya undi lawan merekadipecahkan oleh BN dengan PN.
Sepanjang kempen pilihan raya nampak pesaingan sengit di antara BN dengan BN di media.
Di peringkat akar umbi jelas BN mempunyai jentera pilihanraya yang lebih teratur dan mantap di mana menyaksikanUMNO dari Sabah pun berkampung di Melaka membantu calon BN.
BN terutamanya jelas terlihat ingin mengembalikan kegemilangan mereka. MCA dengan barisan pemimpin muda mereka bertungkus lumus untuk kembali kearena politik setelah hampir dipadamkan sepenuhnya pada PRU14.
Pesaingan dengan PN menjadikan mereka lebih terperincimengatur setiap langkah mereka.
Begitula kisahnya keputusannya menyebabkan ramai komentator politik terdiam membisu.
Rata-rata beralih kepada perbincangan sebab kekalahanPH. Sesungguhnya jauh lebih mudah bagi komen selepas keutusan pilihan raya dimuktamadkan.
Begitupun, tidak boleh dinafikan isu katak yang yangdimainkan menyumbang kepada keputusan pilihan rayaMelaka.
Rata-rata berpendapat pilihan raya tersebut dapat dielakkan sekiranya ahli-ahli politik boleh mengurangkanpoliticking mereka dan fokus kepada cara mana mengembalikan kesejahteraan rakyat yang terkesan terukakibat pandemik COVID-19.
Sebilangan pemimpin PH pula cuba mengambil kesempatandengan menunding jari dan menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘kambing hitam.’
Bagaimana dengan PAS? Melihat sejarah keputusan pilihanraya Melaka sebenarnya menunjukkan selama ini negeri bersejarah tersebut dikuasai oleh BN khususnya UMNO.
PAS di Melaka pernah menang satu kerusi sahaja pada 1974 ketika menjadi sebahagian daripada parti komponen BN.
Gerakan juga pernah menang satu kerusi pada edisi tahun1969, 2004 dan 2013. MCA yang nampak lebih dominansehinggalah 2013 menyaksikan mereka hanya mampu memperoleh satu kerusi dan langsung tiada kerusi pada 2018.
Hanya pada PRU14 (2018) buat pertama kalinya BN kalah kepada PH dengan UMNO sebagai wakil tunggal BN sebagai pembangkang dengan 13 kerusi.
Apakah pengajaran atau ikhtibar yang boleh kita dapat daripada PRN Melaka ini?
Paling utama mungkin Najib bukan calon di Melaka dan tidakperlu kempen dengan melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap beliau.
PRN Melaka adalah untuk penduduk Melaka memilih wakil rakyat yang akan mewakili suara merekadalam DUN Melaka.
PH mungkin perlu melakukan anjakan paradigma sertamengubah strategi PRU14 tersebut sudah lapok dan tidak boleh diterima lagi.
Kedua-dua UMNO dan PPBM yang dilihat menjadikan PRN Melaka sebagai eksperimen menguji kekuatan masing-masing untuk menentukan halatuju mereka pada PRU15 barangkali sudah dapat jawapannya.
Perlukah UMNO merisik kembali PAS sebagai rakan strategik bagi menghadapi PRU15 atau fokus kepada model BN itusahaja?
Melihat barisan kepimpinan BN yang menerajui jentera pilihanraya di Melaka, apakah langkah mengetengahkan mereka merupakan penyumbang kepada kemenangan BN di Melaka?
Apa-apapun, apa yang berlaku di Melaka tidak mungkindiulangi atau diterjelmahkan ke negeri lain kerana masing-masing mempunyai model politik yang berlainan.
Tidak mustahil ada parti atau perikatan politik yang mampumenghasilkan keputusan majoriti dua per tiga seperti di Melaka tetapi pastinya acuan dan pendekatan berlainandiperlukan kerana set up politik masing-masing berlainan.