KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah hari ini mengemukakan Agenda ReformasiSabah kepada Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor.
“Tetapi syor konsensus agar semua parti di Sabah bekerjasama memastikan hak rakyat Sabah diperjuangkan dengan sebaik-baiknya terutama menuntut pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 dan autonomi Sabah dalam bidang kesihatan, pendidikan, sumber semulajadi dan pengangkutan serta keperluan tadbir urus dalam negeri Sabah berkaitan imigresen, pendaftaran negara dan buruh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Agenda Reformasi itu disampaikan semasa perjumpaan dengan Ketua Menteri Sabah, di PPNS hari ini.
PH Sabah turut mengalu-alukan kehadiran Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan dalam pertemuan ini dan menghargai komitmen yang sama diberikan oleh beliau bagi menjayakan Agenda Reformasi Sabah ini.
Agenda-agenda reformasi berkaitan, Autonomi Sabah dan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia1963, Tadbir Urus Menangani Pandemik Covid-19, Pelan Pemulihan Ekonomi Sabah, Reformasi Pentadbiran dan Politik, Reformasi Dewan Undangan Negeri, Tadbir Urus Orang Asal Sabah dan Tadbir Urus Keselamatan.
Di dalam Agenda ini, PH Sabah mengemukakan syor-syor berkaitan belanjawan pemulihan ekonomi untuk diambil kira dalam Belanjawan Sabah 2022 yang akan dibentangkan pada 3Disember 2021 termasuk penubuhan Majlis Pemulihan Ekonomi Sabah.
Agenda ini juga termasuk reformasi-reformasi yang perlu dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri Sabah bagi membolehkan tadbir urus demokrasi yang lebih progresif serta semak dan imbang yang lebih berkesan. Agenda ini juga mencakupi penggubalan Rang Undang-Undang Anti Lompat, Rang Undang-Undang Peruntukan Pembangunan Kawasan dan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi mengimbangi setiap kementerian yang ada di Sabah.
Agenda ini juga mencakupi antara lainnya syor untuk menubuhkan Tribunal Tanah, Jabatan Kehakiman Anak Negeri dan Yayasan Tanah Anak Negeri.