Peserta Indonesia juara Pertandingan Memanah Berkuda Antarabangsa Labuan

LABUAN: Peserta dari Negara Indonesia, Salahuddin Umar yang mewakili Kelab IHASA/KPBI dinobat juara Pertandingan Memanah Berkuda Antarabangsa Labuan (LIHAC) 2023 yang diadakan di sini, baru baru ini.

Dengan kemenangan itu, Salahuddin membawa pulang hadiah wang tunai RM 3,000 beserta sebuah piala dan medal.

Peserta Indonesia juara Pertandingan Memanah Berkuda Antarabangsa Labuan.

Naib  johan disandang oleh Adawiyyatunnisa Hafizhudin dari Kelab Jawi Equestrian Martial Arts (JEQMA) menerima hadiah wang tunai RM2,000 serta piala dan medal.

Tempat ketiga dimenangi oleh Umair Fathin Hafizuddin dari IHSA/KPBI Indonesia menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan medal.

Pertandingan yang mendapat jolokan dari peserta sebagai Pertandingan Memanah Berkuda Borneo telah disertai lebih 100 peserta  tempatan dan luar negara ini.

Menurut Pengerusi Penganjur Sadad Equestrain Labuan, Nazri Ibrahim pertandingan yang julung klinya diadakan ini telah mendapat kerjasama dengan Persekutuan Memanah Berkusa Malaysia, Palm Beach Resort  and Spa, Pelancongan Malaysia, Perbadanan Labuan dan Persatuan Memanah berkuda Sabah.

Katanya antara Negara luar yang menyertai pertandingan ialah Brunei, Australia, Indonesia serta  peserta tempatan dari Sabah, Sarawak, Labuan dan juga dari Semenanjung Malaysia.

“Insya-Allah mungkin dengan ada peserta tempatan dengan gabungan daripada pasukan antarabangsa diharap kita dapat berlatih dan berkongsi pengalaman.

“Kita mungkin ada kesempatan untuk menghantar ataupun mendapat ilmu untuk lebih maju ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Tambah beliau, selain acara utama memanah berkuda, terdapat acara sampingan turut diadakan iaitu pertandingan memanah tradisional.