KOTA KINABALU: Persatuan Alumni Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) telah mengadakan program Iftar Ramadan Bersama Pelajar Pusat Tahfiz Sahabat Prihatin Sabah di Kampung Lobou, Menggatal, pada Rabu lepas.
Program tersebut merupakan antara program kebajikan tahunan persatuan alumni KTYS ketika bulan ramadan selepas tidak dapat dilaksanakan selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.
Presiden persatuan itu Mohd Pkhruddin Bian hadir di program tersebut bersama beberapa ahli majlis tertinggi dan bersama-sama berbuka puasa serta menyampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar di pusat tahfiz tersebut.
Penubuhan pusat tahfiz itu diasaskan oleh Ustad Mohd Zulfikar Ab Mijan dan beroperasi sejak 2014 pada masa ini mempunyai 26 pelajar berusia sembilan hingga 18 tahun dari beberapa daerah di negeri ini dan Sarawak.