KOTA KINABALU: Kerajaan yakin dapat menyediakan perkhidmatan mersa pengguna di stesen Keretapi Sembulan agar teratur sekali gus memberi keselesaan kepada orang ramai di negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) kini sedang giat menaiktaraf kemudahan awam itu termasuk akan mengwujudkan suasana perjalanan mesra kepada pengguna di masa depan.
Katanya, perjalanan keretapi ini merupakan alternatif penting kepada pengangkutan awam orang ramai untuk berulang alik ke sesuatu lokasi malah kini menjadi pilihan utama bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
“Kita lihat perkhidmatan ini menjadi pilihan utama kepada kakitangan awam bertugas serta pelajar sekolah di sekitar ibu negeri untuk menggunakan kemudahan ini pada setiap hari.
“Ada kalangan mereka menggunakan perkhidmatan ini untuk berulang alik dari daerah Kinarut, Papar Membakut, Beaufort serta kawasan berhampiran menggunakan keretapi sebagai pengangkutan utama mereka.
“Adalah wajar JKNS untuk meningkatkan kemudahan sedia ada agar perkhidmatan Keretapi ini menjadi pilihan utama serta mersa pelanggan kepada mereka yang menaikinya setiap hari,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengagihkan pek berbuka puasa kepada penumpang keretapi di sini semalam.
Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya, berkata JKNS juga bercadang menyediakan perkhidmatan bas kepada penumpang selepas waktu bekerja bagi tujuan keselesaan penumpangnya.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, beliau mengingatkan agar orang ramai agar sentiasa menjaga keselamatan diri terutamanya di jalan raya ketika dimusim perayaan.
“Selain aspek keselamatan jalan raya, orang ramai juga perlu mematuhi sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa berhari raya sekali gus tidak leka dengan ancaman COVID-19,” katanya.