Penyertaan 165 kukuhkan STAR DI DUN TULID: Ellron

Ellron menerima borang kemasukkan ke parti STAR Sabah.

TULID: Penyertaan dua bekas pemimpin dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid bersama 165 ahli baru ke Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR) memperkukuhkan lagi kedudukan parti tersebut di kawasan berkenaan.

Mereka ialah bekas Calon Parti Cinta Sabah (PCS) Matusin Timam serta bekas Timbalan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Dun Tulid, Ronny Rominson Rusikan.

Borang tersebut diserahkan kepada Timbalan Presiden STAR Sabah, Datuk Ellron Angin dalam ๐‘ด๐’‚๐’‹๐’๐’Š๐’” ๐‘ท๐’†๐’Ž๐’Š๐’Ž๐’‘๐’Š๐’ ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐‘น๐’‚๐’Œ๐’š๐’‚๐’• ๐‘ซ๐’‚๐’ ๐‘ท๐’†๐’๐’š๐’†๐’“๐’‚๐’‰๐’‚๐’ ๐‘ฉ๐’๐’“๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ฒ๐’†๐’‚๐’‰๐’๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ท๐’‚๐’“๐’•๐’Š ๐‘บ๐‘ป๐‘จ๐‘น, di Kampung Tuawon, Mukim Lanas hari ini.

Ellron menerima borang kemasukkan ke parti STAR Sabah.

Hadir sama dalam majlis itu, Pembantu
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap Adun Tulid, Flovia Ng serta Ketua Bahagian STAR DUN Tulid, Janim @ Charles Ikang.

Ellron yang juga Menteri Belia Dan Sukan menganggap penyertaan mereka bersama 165 ahli baru ke parti STAR Sabah sudah pastinya akan memperkukuhan kedudukan parti itu di kawasan DUN Tulid.

โ€œIni bermakna sudah wujud kesedaran dalam kalangan warga Tulid bahawa Parti Star ini sangat selari dengan perjuangan mereka.

โ€œKita mengalu-alukan kemasukkan mereka ke Parti STAR Sabah. Sudah tentu Ini merupakan satu perkembangan positif khususnya di kawasan Nabawan dan Tulid,โ€ katanya.

Ellron menerima borang kemasukkan ke parti STAR Sabah.

Sementara itu Matusin Timam ketika ditemui berkata, hala tuju yang jelas serta konsisten dalam parti STAR merupakan tarikan utama menyertai parti tersebut.

โ€œIni adalah salah satu sebab mengapa saya tinggalkan parti lama dan menyertai parti ini.

โ€œDitambah pulak dengan sikap pemimpin Datuk Ellron Angin yang sentiasa mengutamakan perjuangan rakyat menjadi faktor utama kami menyertai parti STAR,โ€ katanya.

Sementara itu bekas Timbalan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan DUN Tulid, Ronny Rominson Rusikan berkata, beliau tertarik dengan gaya kepimpinan Datuk Ellron Angin yang berwibawa, mesra rakyat serta yakin kepada kepimpinannya untuk memilih Parti STAR bagi meneruskan perjuangan karier politiknya.

SabahNewsToday

Leave a Reply