KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menjelaskan tentang peningkatan mendadak jumlah pengundi berdaftar di negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkat, peningkatan ini sangat meragukan berbanding jumlah pengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berikutan pertambahan sebanyak lebih 50 peratus.
Katanya, lebih meragukan apabila peningkatan pengundi Bumiputera Islam tinggi di kawasan Kadazan Dusun Murut (KDM) khususnya sebagai contoh di kawasan Parlimen Penampang.
“Susulan pertambahan jumlah pengundi yang terlalu tinggi, situasi ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap parti-parti politik dalam PRU15.
“Saya meminta supaya SPR beri penjelasa. berkaitan peningkatan mendadak jumlah pengundi di Sabah kerana jumlah ini sangat meragukan, ” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.