29 C
Kota Kinabalu
Wednesday, March 22, 2023

Peniaga restoren rayu benarkan ruang kaki lima di buka semula – DPMS

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah digesa untuk mempertimbangkan larangan membenarkan semula penggunaan kaki lima serta ruang legar restoren bagi aktiviti ‘Dine In’, di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Muslim Sabah (DPMS), Darul Nazli Dahalan berkata, pemilik restoren di sekitar kawasan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerima kompaun sehingga RM10,000 sekali gus menjejaskan pendapatan mereka.

Katanya, ini berikutan apabila peniaga restoren cuba meletakkan meja kerusi meskipun mereka terpaksa membayar sewa ruang kaki lima daripada Pihak Berkuasa Tempatan( PBT).

“Ketiia ini pemilik restoren keliru tentang adanya Prosedur Operasi Standard (SOP). SOP ini hanya menjelaskan meja serta kerusi makan hendaklah dihadkan dalam premis sahaja.

“Bagi peniaga restoran, kawasan kaki lima serta ruang legar merupakan sebahagian daripada premis mereka. Penggunaan kawasan terbuka tersebut bagi membolehkan pengudaraan yang baik supaya COVID-19 tidak merebak di premis makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media hari ini.

Darul Nazli berkata, DPMS sudah mendapat maklum balas daripada pakar kesihatan serta pelanggan restoren mengenai aktiviti ‘Dine In’ di ruang kaki lima lebih selamat berbanding di dalam ruang premis perniagaan mereka.

“Selepas SOP ini dikuatkuasakan, pengusaha restoren kini mengalami kekurangan meja makan dan terpaksa menambah meja di dalam premis perniagaan mereka.

“Ini sudah tentu memperlihatkan  kurang menyenangkan bagi pelanggan serta pekerja bergerak. Tidak kurang ada kalangan peniaga terpaksa membuka semula ruangan berhawa dingin dipremis mereka yang ditutup sejak pandemik COVID-19 untuk menampung bilangan pelanggan yang berkunjung ke premis mereka,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles