LAHAD DATU: Kerajaan sentiasa perihatin terhadap rakyat yang kini terkesan dalam Perintah Pergerakan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), akibat pandemik COVID-19 khususnya di sekitar kawasan ini.
Ketua Bahagian BERSATU Lahad Datu, Abdul Hakim Gulam Hassan berkata, kerajaan tidak akan meninggalkan rakyat begitu sahaja malah akan sentiasa bersama mereka yang kini bergelut meneruskan kehidupan akibat pandemik COVID-19.
Katanya, bantuan bukan hanya terhad kepada pengagihan bakul makanan malah dilihat sebagai satu medium penting untuk mendekatkan diri serta menyantuni rakyat yang terkesan akibat pandemik ini.
“Hari ini (semalam) kita anggarkan seramai 471 orang menerima bantuan bakul makanan yang terdiri daripada penduduk di lima lokaliti yang sumbangan dari Perikatan Nasional (PN) Pusat.
“Lima lokaliti terlibat iaitu membabitkan Kawasan Taman Aman 1; Taman Aman 2; Taman Gabungan; Taman Harapan; Taman Gembira serta Kampung Yong Asia,” katanya.
Hadir sama dalam program ini, Ketua Srikandi BERSATU Lahad Datu, Mizma Appedullah
Abdul Hakim berkata, beliau berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
“Kami akan terus komited untuk membantu rakyat disamping memberikan sokongan moral untuk kita bersama-sama berjuang melawan COVID-19,” katanya.