SANDAKAN: Pemuda PAS Sabah menyambut baik satu inisiatif yang dirangka kerajaan untuk golongan muda di negeri ini.
Ketua Lajnah Pengguna, Pekerja dan Alam Sekitar, Asrul Samat dalam satu kenyataannya hari ini.
Katanya, program sebegitu sememangnya sangat sesuai untuk dilaksanakan secara fizikal, kerana orang awam boleh terus mendapatkan informasi secara lebih dekat dan terperinci daripada pihak kerajaan.
“Pelaksanaan inisiatid berimpak tinggi seperti ini perlu diperluas dan digiatkan lagi agar lebih ramai golongan muda di Sabah beroleh manfaat,” tambah Asrul.
“Program seumpama ini juga sangat sesuai diadakan di lebih banyak lokasi dengan skala dan pengisian yang bersesuaian mengikut lokaliti, berikutan program seumpama ini biasanya diadakan di Kota Kinabalu,” jelas Asrul.
Pemuda PAS Sabah akan terus komited untuk terus bersama-sama melaksanakan usaha ke arah melahirkan lebih ramai anak muda Sabah yang berpendidikan dan mempunyai pekerjaan, seterusnya menjadi tulang belakang kepada pembangunan negeri Sabah.