Pemindahan teknologi melibatkan kalangan komuniti terkesan akibat pandemik COVID-19 di Sabah

Oleh: Dr Mansoor Abdul Hamid

Situasi pendemik covid-19 yang melanda dunia termasuk di Malaysia sejak akhir 2019 sehingga kini secara keseluruhannya telah mempengaruhi kehidupan kita yang telah menimbulkan kesan negatif meliputi sektor ekonomi, sosial dan sebagainya.

Satu kesan ketara di mana sektor ekonomi semakin lumpuh dan ramai terkesan dengan kehilangan pekerjaan dan sumber mata pencarian yang biasa diusahakan juga turut terjejas.

Mansoor Abdul Hamid

Oleh itu suatu usaha harus digembleng untuk mencari alternatif sebagai punca kelangsungan kehidupan dan pilihan terbaik adalah dengan menceburi bidang pemprosesan makanan.

Namun di dalam penghasilan produk makanan ini, adalah perlu untuk menitikberatkan kualiti makanan dihasilkan, harga yang berpatutan, khasiat dan keselamatan makanan yang terjamin.

Banyak juga dilaporkan dimana usaha penghasilan makanan ini tidak memberikan mutu yang baik dan memudaratkan pengguna dan era norma baru ini turut meningkatkan kebimbangan dari aspek pencapaian sekuriti makanan dan keselamatan makanan.

Proses pengendalian produk

Sebagai contohnya banyak sumber pertanian yang musnah disebabkan kakangan norma baru yang mana pengusaha pertanian pada asasnya hanya memfokuskan agihan hasil pertanian mereka yang dikhususkan untuk pengunaan secara segar sahaja.

Lambakan berlaku kerana masalah logistik dan tidak dapat diagihkan secara normal seperti sebelum pandemic covid-19 melanda. Oleh itu perlu suatu usaha untuk pengolahan hasil pertanian tersebut kepada bentuk yang sesuai dan boleh memanjangkan hayat produk dan seterusnya mempelbagaikan hasilan dari bahan pertanian secara inovasi.

Industri Makanan merupakan suatu industri yang terus berkembang dan sentiasa dinamik disebabkan adanya permintaan dan citarasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah yang mendorong ramai pengusaha untuk menceburi bidang ini secara serius.

Secara amnya, industri pemprosesan makanan ini bukanlah sesuatu yang baharu di kalangan masyarakat malah aktiviti ini secara langsung mahupun tidak langsung telah diamalkan sejak dari dahulu lagi.  

Namun sesuai dengan perkembangan samasa dan kesdiaan teknologi moden, kaedah pemprosesan makanan ini semakin senang difahami dan dipermudahkan melalui pendekatan yang lebih ringkas, jelas dan terkawal dengan setiap langkah pemprosesan diperincikan dan menzahirkan kebaikan yang diperolehi dan mampu memberikan kefahaman kepada masyarakat secara keseluruhannya tentang aliran pemprosesan makanan tersebut.

Penerangan penghasilan produk

Pemprosesan makanan di kalangan pengusaha makanan kecil-kecilan memang sudah bertapak sejak dari dahulu lagi namun penghasilannya masih pada skala kecil lebih kepada aktiviti mengisi masa terluang.

Industri makanan pada masa dahulu lebih bersifat untuk memenuhi keperluan dan kehendak keluarga sahaja denagn kuantiti pengeluaran yang kecil dan penggunaan yang singkat.  

Pemprosesan ini seandainya diterapkan dengan teknologi yang betul dan sesuai akan mampu dikembangkan menjadi perniagaan yang berpotensi sebagai sumber pendapatan dan menguntungkan.

Namun kaedah pemprosesan sediada sangat bergantung kepada penghasilan secara turun temurun dengan cuba mengekalkan ciri-ciri keunikan dan biasanya dihasilkan pada kuantiti yang kecil, penggunaan dan pemprosesan yang lebih rumit manakala hasil akhir yang diperolehi sering memberikan kualiti yang kurang seragam.  

Produk juga tidak tahan lama dengan penggunaan bahan yang agak sukar diperolehi dalam kuantiti yang besar.

Melihat kepada pentingnya memodenkan industri makanan ini terutamanya di kalangan pengusaha kecil-kecilan dan komuniti di Sabah yang sebenarnya sangat terdampak dengan masalah pandemik covid-19 ini.

Oleh itu satu pendekatan yang boleh membantu mereka melalui pemindahan teknologi pemprosesan makanan yang boleh meningkatkan produktiviti mereka.  

Teknologi yang dicadangkan merupakan kaedah kemahiran yang ditingkatkan di mana pemprosesan makanan yang sudah sediada dalam komuniti setempat cuba diberikan input segi pengolahan bahan mentah yang lebih baik, penggunaan bahan tambah yang dibenarkan mengikut Peraturan Makanan 1985, peningkatan kualiti pemprosesan dan aspek pembungkusan supaya produk yang dihasilkan lebih tahan lama dengan penampilan yang lebih menarik.  

Pemindahan teknologi ini dijalankan secara berfasa dengan fasa pertama sebagai fasa pengenalan untuk melihat kesungguhan dan kesediaan komuniti untuk mengubah cara pemprosesan yang mereka sudah lama diamalkan kepada satu kaedah yang ditingkatkan.  

Selama krisis Pandemik covid-19 ini beberapa siri kursus pengenalan telah dijalankan melibatkan beberapa komuniti di daerah tertentu di Sabah.  

Pemilihan komuniti dan pemprosesan makanan berdasarkan inisatif komuniti itu sendiri mahupun usaha beberapa agensi kerajaan atau projek yang dibiayai oleh kerajaan.  

Antara projek yang telah dijalankan seperti pemprosesan sos dan pes tomato di Kundasang, penghasilan cuka nanas di Tamparuli, pembuatan produk makanan berasaskan halia di Tambunan dan pemprosesan produk berasaskan cili di Kota Marudu.  

Awal dari projek ini adalah untuk menggunakan bahan mentah yang banyak di daerah tersebut yang sebelum itu hanya digunakan atau dipasarkan secara segar.  

Akibat dari masalah terutamanya isu logistik disebabkan kakangan pergerakan merentas daerah (PKP) yang dilaksanakan mengakibatkan hasil pertanian ini menjadi lambakan dan akhirnya dibiarkan rosak begitu sahaja.

Antara peserta penghasilan produk

Kesan dari krisis ini tentunya mengakibatkan kerugian kepada para petani kerana hasil mereka tidak dapat diedarkan atau di jual sperti lazimnya yang mereka amalkan sebelum pandemik covid-19 ini.

Mengambil contoh dari isu lambakan tomato di kundasang, para petani mengutarakan kerisauan mereka di media social dan pihak UMS mengambil inisatif untuk memberi idea dan bantuan segi teknologi untuk memproses tomato ini kepada bentuk sos dan pes yang pastikan lebih tahan lama dapat mengurangkan kerugian.  

Begitu juga hal yang berlaku di Tamparuli yang terkenal dengan penanaman nanas dan juga mengalami masalah yang sama kerana isu lambakan kerna nanas segar tidak dapat di jual.  

Bagi penanam halia di Tambunan, mereka berminat untuk mempelbagaikan produk berasaskan tanaman halia yang banyak diusahakan di sana dan begitu juga hal yang sama untuk komuniti di Kota Marudu yang merasakan perlu mempelbagaikan produk berasaskan cili.  

Semua aktiviti tersebut dilaksanakan dengan jayanya dan dapat menarik minat para pengusaha dan komuniti setempat melalui penglibatan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta yang mengikut kursus ini.