BEAUFORT : Pemilihan calon kalangan ‘orang muda’ mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota merupakan pengiktirafan kepada golongan muda.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Beaufort, Ak. Mohd Yazri Ak. Mohd Yahya berkata, ini berdasarkan kejayaan cemerlang calon Pemuda PRK Nenggiri Mohd Azmawi Dikri Abdul Ghani baru-baru ini.
Katanya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta BN meletakan amanah serta kepercayaan kepada Pemuda UMNO bertanding di PRK Mahkota.
“Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussein Syed Abdullah, sebagai calon PRK DUN Mahkota merupakan satu amanah.
“Keyakinan pucuk pimpinan kepada calon muda untuk berjuang atas tiket BN/UMNO menjadi harapan kita agar memontum sokongan rakyat khususnya pengundi muda semasa PRK Nenggiri akan berulang di PRK Mahkota,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Yazri berkata, meletakkan calon muda pada PRK kali ini, membuktikan kesungguhan UMNO untuk meremajakan parti terutamanya dalam mendekati golongan muda bagi mendepani pilihan raya akan datang.
“Ini juga menolak persepi selama ini mengatakan parti keramat ini hanya terbuka kepada sebahagian kelompok fenerasi atau umur.
“Meremajakan UMNO ini sangat penting untuk dilakukan kerana 30 hingga 40 peratus pengundi baharu adalah orang muda, jelas Mohd Yazri.
