PAS Sabah bantu lancarkan program vaksinasi – Sahar

SANDAKAN: Timbalan Pesuruhjaya Satu PAS Sabah, Sahar Abdul Majid menyatakan parti itu sentiasa menyokong serta  menggalakkan semua masyarakat untuk mengambil vaksin.

Katanya, PAS akan memberi sokongan penuh serta kerjasama terhadap kerjaaan dalam usaha pengambilan vaksinasi dalam kalangan masyarakat khususnya di Sandakan.

“Pas Sabah turut menzahirkan kesyukuran atas sokongan serta bantuan petugas Jabatan Amal Malaysia dan Briged Muslimat PAS yang bekerjasama NGO dalam memastikan proses pemberian vaksin berjalan lancar.

“Beberapa NGO lain turun ke beberapa komuniti dalam usaha menyedarkan kepentingan vaksinasi kepada masyarakat,” katanya.

Sahar meninjau pemberian vaksin.

Beliau berkata demikian semasa turun melawat perkembangan dan pelaksanaan pemberian vaksin untuk golongan remaja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Taman Harmoni Batu 3, di sini hari ini.

Sahar berkata, pihaknya ketika ini sedang giat mengumpul data penduduk yang belum mengambil vaksin agar Zon Sandakan dapat mencapai imuniti kelompok (herd immunity) dan Sabah boleh menuju ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara.