31 C
Kota Kinabalu
Sunday, May 22, 2022

Orang ramai manfaatkan perkhidmatan Ambulan Lions secara percuma 24 jam – Christina

KOTA KINABALU: Ambulan Lions Kota Kinabalu menawarkan perkhidmatan kecemasan 24 jam secara percuma kepada penduduk di kawasan bandaraya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api, Datuk Christina Liew berkata, mereka boleh menghubungi di talian 088 319699  setiap hari sekiranya memerlukan perkhidmatan kecemasan.

Orang ramai manfaatkan perkhidmatan Ambulan Lions secara percuma 24 jam

Katanya, orang ramai perlu menyimpan nombor kecemasan memandangkan ketika ini Sabah masih belum mempunyai pusat panggilan kecemasan sendiri seperti di negeri Sarawak.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.

Christina berkata, selama ini kerajaan tidak pernah mengambil perhatian terhadap runggutan rakyat bagi membolehkan Sabah mempunyai pusat panggilan kecemasan sendiri.

“Kita sangat apabila perkhidmatan ambulan mengalami kelewatan ketika dalam kecemasan disebabkan sistem sedia ada yang tidak lagi releven, seterusnya menyebabkan kematian pesakit di negeri ini.

“Perkara ini boleh dielakkan sekiranya tiada kelewatan berlaku. Sikap acuh tak acuh kerajaan Pusat terhadap keperluan Sabah telah menyebabkan insiden tidak diingin berlaku terhadap rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tawau berkata, masalah ini menjadikan rakyat Sabah kecewa dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kita berharap kerajaan dapat menubuhkan Sabah pusat panggilan kecemasan sendiri dalam masa terdekat demi kepentingan rakyat di negeri ini,” katanya.

Kini, semua panggilan kecemasan dibuat dari Sabah kepada Malaysia Emergency Response Services 999 (MERS 999) perlu melalui pusat panggilan di Kuala Lumpur sebelum disambung semula ke pihak berkuasa di negeri ini.

Related Articles

Stay Connected

156,557FansLike
2,116FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
Iklan

Latest Articles