TAWAU : Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan meraikan warga Media Zon Tawau pada Majlis Malam Mesra anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sabah di sini, semalam.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri SabahJainisah Mohd Noor, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media Jabatan Penerangan Negeri Sabah Peter Tong dan Pegawai Penerangan Daerah Tawau Azuary Abdul Aziz.
Berucap pada majlis itu, Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Apas berkata majlis ini bagi menghargai sumbangan dan peranan para pengamal media.
Beliau menggesa warga media terus memainkan peranan menyampaikan berita yang sahih kepada masyarakat dan menangkis berita palsu.