Minta Rasuah: Penolong Kanan Jabatan kerajaan negeri ditahan SPRM

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang penolong pengarah kanan dari sebuah jabatan Kerajaan Negeri kerana dipercayai meminta rasuah kira-kira RM10,000 daripada orang awam bagi mempercepatkan urusan pengeluaran surat tawaran tanah melibatkan pekebun kecil.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berumur 54 tahun telah ditahan di pejabatnya kira-kira pukul 3 petang tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata permohonan reman ke atas suspek akan dibuat pada esok.

Tambahnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) ASPRM 2009.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa lagi tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan kes tersebut.