MCA Bahagian Libaran santuni warga Rumah Cheshire Sandakan

SANDAKAN : Pengerusi Bahagian MCA Libaran, Dato’ Chin Kim Hiung telah mengadakan lawatan ke Rumah Cheshire Sandakan di sini sempena musim perayaan.

Semasa lawatan itu, beliau bersama rombongan termasuk Timbalan Pengerusi, Potter Liew telah menyerahkan sumbangan lampin pakai buang dan makanan kepada penghuni rumah kebajikan itu.

Menurut Chin, lawatan ke Rumah Cheshire itu adalah sebahagian daripada program komuniti tahunan MCA Libaran.

“Dalam kita meraikan sambutan perayaan dikelilingi keluarga dan rakan dengan kepelbagaian makanan, boleh berpakaian baharu dan berkumpul beramai-ramai, jangan dilupa nasib mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.

Chin berharap masyarakat di daerah ini boleh meluangkan masa untuk membawa keceriaan semasa musim perayaan kepada penghuni rumah kebajikan serta golongan kurang bernasib baik.