Masidi sahkan LDP, PHRS kini sertai GRS

KOTA KINABALU: Dua parti politik tempatan negeri iaitu Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) hari ini diterima menganggotai Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung GRS, Datuk Masidi Manjun, sekali gus menjadikan pakatan politik itu kini dianggotai tujuh parti komponen.

Beliau berkata, Majlis Tertinggi GRS sebulat suara meluluskan permohonan kedua-dua parti itu pada mesyuarat petang tadi.

“Berikutan itu GRS kini dianggotai tujuh parti komponen,” katanya dalam laporan BH Online hari ini.

Ia kemudian didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah entiti politik pada Mac tahun lalu yang menerima keanggotaan parti politik atau secara individu untuk menyertainya.

Sebelum ini, GRS ditunjangi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, namun Hajiji yang mengetuai parti itu bersama semua pemimpin BERSATU negeri meninggalkan parti berkenaan akhir tahun lalu.

Mereka kemudian mengambil alih parti tempatan sedia ada iaitu Gagasan Rakyat yang kemudian dilancarkan secara rasmi pada 3 Mac lalu.

Gagasan Rakyat kini menjadi parti komponen terbesar dalam GRS dengan memiliki 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk dua ADUN Dilantik dan masing-masing lima bekas ADUN WARISAN serta empat bekas ADUN UMNO yang keluar parti baru-baru ini.