TAWAU: Mangsa terakhir yang gagal diselamatkan dalam tragedi bot karam di perairan Kampung (Kg) Batu Payung, ditemukan lemas di sini pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa dikenali sebagai Rahena Mohaimin,20, dijumpai di Sungai Membalua 2.2 Batu Nuatika Selatan oleh pihak maritim pada jam 8.34 pagi tadi.
Katanya, semalam dua mayat adiknya Jaidi Mohaimin,5, ditemukan terdampar di persisir pantai pada jam 6.30 pagi manakala Saiful Mohaimin,15, ditemukan pada jam 8.58 pagi, tidak jauh daripada mangsa pertama.
“Semua mangsa dari Kampung Batu Payung dilaporkan menuju balik ke Kampung Rawa-Rawa Batu 4 Jalan Apassebelum bot yang mereka naiki dipukul ombak dan karam.
“Bagaimanapun, enam daripada mangsa berjaya diselamatkan oleh orang kampung, manakala tiga lagi kanak-kanak berkenaan gagal ditemui,” katanya dalam satu kenyataan media hari dikeluarkan hari ini.
Katanya, operasi SAR ditamatkan pada jam 9.20 pagi tadi manakala mayat mangsa dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.