Mangsa kebakaran di Pekan Kundasang dapat perhatian kerajaan negeri

RANAU : Mangsa kebakaran di Pekan Kundasang mendapat perhatian kerajaan negeri apabila menerima bantuan daripada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, semalam.

Terdahulu, Khamis lepas tiga kedai runcit, dua inap desa, satu blok rumah sewa dengan 11 pintu, serta sebuah stor penyimpanan barang runcit, di Pekan Kundasang musnah dalam kebakaran.

Joachim meeupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang tampil menyampaikan bantuan ihsan kepada semua mangsa yang terjejas akibat kebakaran itu.