Lelaki Sweden ditemukan mati dalam kapal pelayaran

LABUAN : Seorang lelaki warga Sweden ditemukan mati dalam kapal layar yang sedang berlabuh di perairan Labuan, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Supt Mohd Hamizi Halim berkata, lelaki berumur 55 tahun ditemukan mati oleh orang awam sekitar jam 7.16 malam.

Katanya, sejurus menerima maklumat mangsa dan kapal layarnya telah dibawa ke jeti Marinar Awam.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu ditemukan meninggal dunia di dalam kapal layar berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Menurutnya, mayat lelaki berkenaan ke Unit Forensik Hospital Labuan untuk bedah siasat.

“Tempoh masa  lelaki itu meninggal dunia belum dapat dipastikan dan punca kematian juga masih dalam siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

Mohd Hamizi berkata, ses di klasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga pihak polis menemui maklumat terbaru mengenai kejadian.

Terdahulu pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan telah diminta untuk membantu  mengeluarkan mayat berkenaan dari kapal layar yang dinaikinya.

Pihak Bomba bersama 11 anggota telah melakukan operasi pemindahan mayat berkenaan ke jeti Marina Awam sekitar jam 10.19 malam sebaik menerima maklumat daripada pihak polis.

Turut terlibat 16 anggota polis dan enam anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Zon Labuan.