Lebih 500 jemaah hadir sesi kuliah subuh bersama Ustaz Syamsul Debat

LABUAN: Lebih 500 jemaah dari sekitar Kampung Tanjung Aru menghadiri sesi Kuliah Subuh Macam Sembahyang Jumaat  bersama  penceramah bebas Ustaz Syamsul Debat yang diadakan di Masjid Sirajul Islam (MSI), Tanjung Aru, di sini, semalam.

Kuliah Subuh Macam Jumaat  yang membawakan tajuk ‘Rasulullah SAW Contoh Terbaik Dalam Kepimpinan Keluarga” dianjurkan Jawatankuasa Masjid Sirajul Islam (MSI)  dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP).

Sejurus selesai berceramah, Ustad Syamsul mengambil kesempatan menyantuni para jemaah yang hadir sambil berswafoto dan beramah mesra.

Hadir sama, Pengerusi Masjid Sirajul Islam (MSI), Kifli Ag Anak Imam Masjid Sirajul islam,  Ustaz Zainal Abdul Wahab, Ketua kampung Tanjung Aru Harun Damit serta ahli-ahli jawatankuasa Masjid Sirajul islam.

Sementara itu, Kifli mengucapkan setingi tingi tahniah dan terima kasih kepada jemaah yang hadir  serta penyumbang dan penaja yang menjadi antara pencetus bagi menjayakan sesi Kuliah Subuh Macam Jumaat bersama Ustaz Syamsul Debat.

Terdahulu sebelum itu, Ustaz Syamsul Debat  menyampaikan ceramah bertajuk ‘Mengintai  Syurga Dari Tirai Sesebuah Keluarga yang dianjurkan oleh  Puspanita Labuan yang telah diadakan di Dewan Arena  Bukit Kuda yang turut dihadiri ribuan umat Islam sekitar Labuan.