Lebih 3000 masyarakat hadir Rumah Terbuka Rina Jainal

TAWAU: Lebih 3,000 masyarakat palbagai kaum menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan Rina Jainal di sini malam tadi.

Majlis bermula dari jam 4 petang berakhir sehingga 11 malam tadi berlangsung di kediamannya di Taman Ria Satu dan Dua Di Tawau.

Antara tetamu yang hadir di Majlis Rumah Terbuka ADUN Kukusan, Rina Jainal.

Tetamu yang hadir dijemu dengan pelbagai hidangan istimewa masakan tradisi masyarakat Tawau serta pertunjukan bungapi.

Selain hidangan pelbagai juadah, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan oleh kumpulan pemuzik terkenal daerah Tawau pada malam tadi.

Hadir sama dalam majlis Rumah Terbuka itu, Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Tan Sri Liew Yun Fah, Ahli Parlimen Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy dan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.