26 C
Kota Kinabalu
Friday, March 24, 2023

Lebih 17 peratus penghidap kanser mulut dari Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU: Berdasarkan saringan kanser mulut yang dilaksanakan menerusi Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan tahun lepas, kira-kira 17.4 peratus penghidap kanser itu didapati melibatkan penduduk Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Katanya daripada 42,771 pesakit yang disaring di Sabah, 5,420 orang didapati berisiko tinggi menghidap kanser mulut disebabkan pengambilan tembakau, sirih dan mengambil minuman beralkohol yang berlebihan.

Beliau berkata di Malaysia kebanyakan kes kanser mulut dikesan apabila ia sudah lewat, dan antara faktor penyumbang utama kepada pengesanan lewat adalah kurangnya kesedaran mengenai kepentingan pemeriksaan dan pengesanan awal dalam kalangan rakyat tempatan.

“Justeru kerajaan negeri berharap agar lebih banyak kempen diadakan dan aktiviti turun padang ditingkatkan supaya saringan awal pengesanan kanser mulut ini dapat diperluaskan hingga ke kawasan pedalaman,” katanya.

Minggu Kesedaran Kanser Mulut diadakan selama seminggu bermula 7 hingga 13 Nov di seluruh negara.

– BERNAMA

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles