KGKS rayu JPA semak semula tafsiran baharu EPW, jangan hukum guru secara retroaktif

KOTA KINABALU: Kesatuan Guru-Guru Kebangsaan Sabah (KGKS) merayu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menilai semula pelaksanaan tafsiran baharu Elaun Perumahan Wilayah (EPW) yang dikuatkuasakan secara retroaktif atau ke belakang kerana membebankan ramai guru di negeri ini.

Presidennya, Murkam Hussien berkata, ramai guru kini tertekan apabila diarahkan membayar semula elaun yang diterima bertahun-tahun lalu, walaupun pemberian itu dibuat secara sah mengikut Panduan Pemberian EPW Tahun 2009.

“Ada yang terpaksa bayar balik puluhan ribu ringgit. Guru-guru ini telah membeli rumah menggunakan Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA) berdasarkan tafsiran lama, jadi tidak wajar mereka dihukum dengan potongan gaji sekarang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tafsiran baharu yang menetapkan ukuran garis lurus 25 kilometer bagi menentukan kelayakan EPW tidak sesuai dilaksanakan di Sabah kerana faktor geografi berbukit dan jarak perjalanan sebenar jauh berbeza.

“Contohnya guru di SK Penimbawan, Tuaran – jika ikut garis lurus mungkin dekat, tapi jalan darat sejauh 78 kilometer dan perlu menyeberangi sungai menaiki perahu.

“Ini adalah bukti pelaksanaan tafsiran baharu itu tidak praktikal,” katanya.

Murkam turut mendedahkan ramai guru kini mengalami tekanan emosi, kebimbangan dan keletihan profesional akibat beban hutang yang tiba-tiba ditanggung.

ereka sambil merayu campur tangan Menteri Pendidikan untuk membantu menyelesaikan isu ini demi kebajikan warga pendidik,” jelasnya.