Ketua Menteri sempurnakan penyerahan lembu korban IPD Tuaran

TUARAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyempurnakan Majlis Penyerahan Lembu Korban di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tuaran di sini hari ini.

Beliau bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri (ADUN KIULU), Datuk Joniston Bangkuai dan Pembantu Menteri Kewangan (ADUN PANTAI DALIT), Jasnih Daya secara simbolik menyerahkan lembu korban kepada Ketua Polis Daerah Tuaran, Timbalan Superintendan (DSP) Noraidin Ag Maidin.

Hajiji beramah mesra dengan jemaah setelah selesai menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Haji Noor di Kg Serusup Tuaran pada hari Ahad. Gambar JKM.

Terdahulu, Ketua Menteri menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Noor Kampung Selupuh, Tuaran bersama penduduk di sekitar kampung berkenaan.

Hajiji turut mengambil peluang beramah mesra dengan jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidiladha.